Terbaru! Tudung bawal bersulam tangan dan manik - pattern kuntuman rose, manjalara dan crystal bud. Gabungan ini saya lihat terkini di pasaran tudung bawal Kelantan. Harga mencecah RM160!
Untuk sulaman manik, di sini saya gunakan tiga jenis beads - mauve tubular bead, light purple seed bead dan slightly pink small crystal. Untuk sulaman tangan pula dua jenis jahitan saya gunakan - lazy daisy stitch untuk daun dan bullion stitch untuk rose dwi warna. "Hm geram! Macam nak picit-picit je bunge tu."
Saya sarankan kepada peminat-peminat tudung bawal bersulam, cubalah jahit sendiri. It's very rewarding bila hasil kerja tangan kita tu siap - seperti yang kita idam dan rancangkan.
"Hm. projek tudung dah siap boleh pakai raya ni. Nampaknye, color theme tahun ni purple lah. Boleh gabung dgn silver gray or soft pink."
Selamat Bersulam!!